Home News Articles Forum Member Profile Agent About Us Contact Us
 » Recent Photo Posts

Go Back   N1wanRed FORUMS > LAIN-LAIN > Be Bas > Kesehatan
Register FAQ Members List Calendar Search Today's Posts Mark Forums Read

Kesehatan Berita, info ttg kesehatan

Reply
 
Thread Tools
Old 05-02-2007, 10:32 PM   #31
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Kursus latihan ini cuma memerlukan 12-15 hari, setiap hari berlatih 2-3 jam, ini sesuai untuk para golongan pejabat/busines. Dan mamastikan semua orang dapat tamat berlatih.

Kalo tempoh kursus ini panjang sangat, mungkin setengah-tengah pelajar tidak dapat tamat kursus ini kerana sibuk dengan pekerjaan, kan? dan bagi sesiapa yang belum "Thung DU" (Tahap Ke-4), semuanya boleh bersambung kursus secara percuma pada kursus kemudian(tidak had berapa kali, sehingga mencapai kejayaan), atau boleh menerima ajaran melalui internet.

Kebanyakkan pelajar yang mencapai tahap ke-3, iaitu mengumpul tanaga dalaman di "TANTIAN", akan dapat mencapai tahap ke-4 jika berlatih sendiri di rumah, kerana caranya akan diberitahu. Bagi sesiapa yang rajin, iaitu berlatih sebanyak 3 jam sehari, pasti akan mencapai kejayaan。 Bagi sesiapa yang dapat menguasai teknik latihan semasa tidur, besar kemungkinan dapat mencapai tahap ke-5 dalam tempoh belasan hari.

ZQYX merupakan praktik yang mudah dan berfaedah, ia tidak perlukan acupunture, ubat atau makanan berkhiasat untuk mengkuatkan badan。

saya akan mempamirkan senarai penyakit yang pernah disembuhkan selepas menguasai teknik ZQYX kelak. Syabas! saudara saudari sekalian.


jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-02-2007, 11:12 PM   #32
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING



Pelajar ini berusia 63, sakit pinggang nya. Selepas dapat mengumpulkan tenaga dalam, Zhen Qi sedang membetulkan tulang & saraf nya. Nampak macam aksi YOGA, kan?

Yang berlainan, pelatih YOGA membuat aksi ini atas kemahuan sendiri, Pelatih ZQYX yang mempunyai kesakitan tulang & saraf hanya boleh lakukan setelah mengumpulkan tenaga dalam dan dipaksa oleh Qi untuk lakukan aksi tertentu untuk membetulkan tulang & saraf, bagi yang tidak berpenyakit tulang & saraf tidak akan membuat aksi seperti ini.

Principnya serupa dengan paip getah yang bergulung atau terlipat, bila disambung dengan pili air, air dialirkan, bahagian yang terlipat itu akan diluluskan supaya air dapat menerusinya.


jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 09:22 AM   #33
evafish (793)
NAC MEMBER
 
evafish's Avatar
 
Join Date: Apr 2007
Location: kuching,malaysia
Posts: 568
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

salam.. eva pernah nampak ada orang bercakap-cakap dan senyum-senyum sendiri semasa melakukan meditasi.. adakah ini juga tanda-tanda yg diberikan semasa meditasi....normal atau tidak...??
evafish is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 03:01 PM   #34
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Semasa meditasi, setengah-tengah orang akan mengenang kembali kisah-kisah lamanya, diantaranya ada yang manis maka pelatih itu akan tersenyumlah! Kalo adalah yang pahit, mungkin pelatih itu akan menagis pula, hal itu semuanya normal.

Semua ini berlaku sebabnya semasa Qi melalui otak(semasa Thung Kuan), semua sel-sel otak, khasnya yang merupakan "memory' akan menjadi aktif (mengikut kajian sains, manusia cuma menggunakan 5%-8% sel-sel otak sahaja, yang lainnya dalam keadaan tertidur/tak aktif), kisah-kisah lama yang tersimpan didalam sel-sel yang tertidur itu jika menjadi aktif, akan timbul semula dan jadi teringatlah kisah-kisah lama pelatih berkenaan. ==> Yakni juga adalah sebab mengapa fikiran atau kepintaran pelatih ZQYX bertambah baik dan penyakit "stroke" boleh pulih.

Diantara kisah-kisah pelatih, ada seorang wanita nampak dia menyimpan barang kemas kesayangannya didalam begsinya, malahan dia dah lama hilang barang kemas itu. Selepas kembali ke rumahnya, dia mengeluarkan begsi itu dan dapat barang kemasnya yang telah "hilang" itu.

Juga ada seorang tua, dia kerap mengritik kaki judi , tetapi semasa keadaan meditasi, dia nampak corak-corak seperti "Majong", dia bertanya kenapa dan apa maksud ternampak benda itu. Bila ditanya adalahkah beliau pernah bermain "Majong" semasa muda, beliau mengaku pernah!
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 03:53 PM   #35
evafish (793)
NAC MEMBER
 
evafish's Avatar
 
Join Date: Apr 2007
Location: kuching,malaysia
Posts: 568
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

eva juga mahu tanya satu lagi soalan....kenapa ada orang kata selepas ' kuan ting' ada ternampak juga bayang-2 dalam mata mereka. Ada yang cakap ada warna hitam dan putih laitu sebelah mata kiri hitam , mata kanan putih..Adakah ini juga bermaksud 'qi'tu sudah masuk badan orang itu..??
evafish is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 05:04 PM   #36
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Salam! Pelatih ZQYX memang boleh nampak cahaya yang melambang 5 organ dalaman utama, iaitu hitam=buah pinggang, Putih=paru-paru, Merah=jantung, kuning =perut /usus, hijau=hati. Mereka yang nampak warna hitam selalunya mempunyai masalah buah pinggang, yang nampak warna hitam & hijau biasanya mempunyai masalah hati & buah pinggang. Cahaya berwarna ini biasanya bertimbul semasa "thung Kuan" dan bertutup mata.

Menurut Pengganut Buddha Tibet, "Kuan Ting" memang merupakan pemberian tenaga oleh mahaguru kepada pengikutnya, tetapi saya tidak tahu banyak mengenali bidang ini, maaf kerana tidak dapat memberi ulasan yang lebih lanjut.
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 10:09 PM   #37
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

REN meridian


Dun Meridian


"Thung Kuan" bererti "Qi" boleh mengeliling meridian REN & DU, Istilah yang lebih tepat adalah "Thung REN DU" atau lebih ringkas "Thung DU"
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 10:16 PM   #38
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

aliran "Qi" mengikut REN Meridian (Flash Player)
http://krsna.lamost.org/medi/classic...jlflashset.htm

aliran "Qi" menikut DU Meridian (Flash Player)
http://krsna.lamost.org/medi/classic...jlflashset.htm


jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 10:30 PM   #39
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

aliran "Qi" apabila mencapai ZQYX Tahap Ke-5(12 meridian utama) :

























Sekiranya terdapat sangkutan sesuatu "acccupanture point" disepanjangan 12 meridian ini, seseorang itu akan mendapat sesuatu penyakit yang tertentu tertentu. Apabila "Qi" dapat menbusi sangkutan tersebut, maka penyakit itu akan sembuh/pulih.
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 10:32 PM   #40
evafish (793)
NAC MEMBER
 
evafish's Avatar
 
Join Date: Apr 2007
Location: kuching,malaysia
Posts: 568
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

terima kasih bro jason ..maaf eva masih ada soalan peluh tanya....kenapa banyak orang yang menjalankan aktiviti meditasi mempunyai satu masalah yang sama iaitu semasa mereka berhenti mengamalkan aktiviti tersebut mereka akan rasa lebih letih atau lebih lemah dari dulu ..adakah ini bermaksud 'qi' yang terdapat dalam tubuh mereka mula lari atau sendi-2 yang telah 'dibuka'oleh' qi' sudah sumbat semula....?atau ini adalah efectnya ..?? iaitu sekiranya sudah mula . tidak boleh berhenti atau akan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka sudah sampai usia yang tinggi ..??
evafish is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 10:41 PM   #41
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Untuk menjadi pakar Acupunture, seseorang mesti hafal dimana meridian & acupunture point untuk menurunkan jarum。 Teknik ini susah dikuasai oleh seseorang dan juga mengambil masa beberapa tahun untuk belajar.

Tetapi dengan belajar ZQYX, pelajar cuma perlukan belasan hari dan tidak perlu menghafal dimana meridian & acupunture point, malah tidak perlu tahu apa dia meridian & acupunture points, karena Qi itu cukup bijaksana dan tahu jalannya.

Meridian itu lebih kurang seperti litar eletrik dan "Qi itu arus/karan eletrik, Qi akan mengalir mengikut litar saja.
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 11:33 PM   #42
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Soalan yang bagus Eva!
Dari pengalaman saya, menjadi lebih teruk jika berbanding dengan dulunya adalah berkaitan dengan umur seseorang dan bukannya oleh sebab dia berhenti berlatih.

Kita boleh ambil contoh ahli sukan, kalo dia berhenti berlatih dan umurnya semakin tua, apa akibatnya?

Mengikut teori daripada kitab "Yellow Emperor" - sebuah kitab perubatan traditianal Tionghua & Acupunture, semua meridian2 budak-budak dibawah usia 16 tahun yang sihat tidak tersumbat, tetapi akan menjadi semakin sempit mengikut usia, seseorang itu akan lemah sekiranya meridian semakin sempit, akan demam kalo beberapa meridian tersumbat, akan sakit tenat jika kebanyakan meridiannya tersumbat dan akan meninggal dunia jika kesemua meridiannya tersumbat. Buktinya :

1) Budak dibawah usia 16 tahun amat aktif, bertenaga, sihat(kecuali mereka yang lemah semasa dilahirkan)

2) warga pertengahan usia semakin lemah, senang dijangkit penyakit dan sebagainya.

3) setelah berlatih ZQYX, semua meridian yang semakin sempit akan menjadi lebar semula atau tidak tersumbat lagi, sebab itu pelatih yang tercapai tahap ke-3 (menebusi meridian REN) akan tidur lena(sekiranya tidur tak lena), penyakit gastik semakin pulih dan lain-lain lagi(dll).

4) bagi yang tercapai pertengahan tahap 3-4, masalah kencing, sakit puan/tuan, suara lemah dll akan nampak semakin pulih atau berkesan (Qi sedang menebusi meridian DU).

5) bagi mereka yang berjaya menebusi meridian REN & DU, penyakit letih akan pulih dan bertenaga semula. Dan akan menebusi 12 meridian utama & 6 meridian khas kemudian kelak secara otomatik jika terus berlatih.

6) bagi mereka yang masih tak boleh meditas(setengah-tengah nya boleh masuk meditasi pada tahap pertama atau ke-3), mungkin akan dapat meditas selepas mencapai tahap ke-4.

Sekiranya berhenti berlatih, meridian yang telah menjadi lebar akan semakin menjadi sempit mengikut usia ( = akan menjadi lemah) atau tersumbat semula(demam semula), sekiranya meridian menjadi lebih sempit jika dibanding dengan dulu(memang begitu mengikut usia yang bertambah) maka akan jadi lebih lemah berbanding dengan dulu.

Sebab itu, untuk menjaga kesihatan dan menjamin panjang usia pelatih digalakkan untuk terus berlatih. Misalnya Profesor Li, daripada seorang yang lemah (semasa umur 20'an) telah menjadi sihat dan dapat bekerja semula dan usianya sekarang adalah 98 tahun dan masih sihat, masih boleh bersilat, bergerak bebas, mengajar ZQYX.
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-03-2007, 11:54 PM   #43
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Meditasi ZQYX adalah berlainan daripada cara meditasi lain, meditasi ZQYX melebarkan meridian REN, DU & 12-meridian utama lalu mencapai keadaan meditas. Dengan kaedah ini, Qi dapat mengalir didalam meridian yang lebih luas/lebar, maka kesihatan pelajar adalah leih baik kjika berbanding dengan kaedah meditasi lain yang cuma bertumpu perhatian pada otak.

Semasa saya belajar, Qi yang mengalir didalam meridian REN & DU pada mulanya cuma seperti benang yang halus, kemudian sebesar telur ayam 2 hari kemudian dan menjadi seperi corak kain selebar badan, saya yakin jika berhenti berlatih, ia akan ambil masa panjang untuk menjadi sempit semula.

Kesan yang ketara sekali ialah berat badan turun daripada 86Kg menjadi 77Kg, ukuran pinggang kurang 100mm, tidak lagi demam batuk, rambut dan air muka menjadi lebih bersinar, semagat dan fikiran menjadi tinggi dan pintas, rakan2 & jiran2 pun hairan dan kata saya nampaknya lebih muda.
jason9 is offline   Reply With Quote
Old 05-29-2007, 09:09 AM   #44
muljono (1)
 
muljono's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: indonesia
Posts: 1
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

you can access my blog at http://www.muljono.web.id or http://www.sbe.co.id
i want to everyone "who like zhen-qi" can discuss at my blog
Bugar dengan Meditasi Zhen-Qi Yun Xing
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	mulFoto Kelas SBY 07-01.JPG
Views:	179
Size:	130.8 KB
ID:	7157  
muljono is offline   Reply With Quote
Old 06-22-2007, 11:40 PM   #45
jason9 (20)
Member
 
jason9's Avatar
 
Join Date: May 2007
Location: Malaysia
Posts: 19
Default Re: Meditasi ZHEN QI YUN XING

Thank you brother Muljono!

I have visited your blog, but it deem too slow to access (both).

I'll try to access next time. By the way, thanks for your info. and photo.

You are welcome to http://www.zqyxf.com/

the official website of Zhen Qi Yun Xing Fa of China, my nick there is Overseas Chn
jason9 is offline   Reply With Quote
Reply


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

vB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Forum Jump


All times are GMT +7. The time now is 11:50 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.6.5
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
N1wanRed.com
Red2Black Style By: Chefhost.com